Sebuah Toyota Vellfire yang menggunakan nombor pendaftaran milik Perodua Kancil disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu operasi pemeriksaan di Jalan Tun Mutahir, Melaka petang semalam.

MELAKA – Sebuah Toyota Vellfire yang menggunakan nombor pendaftaran milik Perodua Kancil disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu operasi pemeriksaan di Jalan Tun Mutahir, di sini, petang semalam.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kenderaan mewah berwarna hitam itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun sebelum tindakan mengekori dilakukan susulan keraguan terhadap nombor pendaftaran yang dipamerkan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati, nombor pendaftaran kenderaan mewah berdaftar atas nama sebuah syarikat swasta yang telah ditutup itu adalah milik sebuah kereta Perodua Kancil pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan.

“Semakan ketika ditahan jam 4 petang juga mendapati, Toyota Vellfire itu tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh sejak Januari lalu.

“Beberapa saman dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan atas kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan, tiada insurans sah dan LKM tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Kenderaan itu turut disita bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ Melaka akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memalsukan nombor pendaftaran atau melanggar peraturan jalan raya.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast