Suspek yang ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu di persimpangan lampu isyarat Jalan Wawasan, tengah hari semalam.

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu di persimpangan lampu isyarat Jalan Wawasan, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, suspek ditahan ketika memandu sebuah Proton Saga berwarna putih yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Barang salah berkenaan diserahkan sendiri oleh suspek kepada pasukan serbuan semasa pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan media di Facebook hari ini.

Beliau berkata, anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah 0.48 gram.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh direman tiga hari sehingga 4 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana menggunakan dadah secara salah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here