Para penerima Anugerah Buku Negara 2024–2025 yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara.

KUALA LUMPUR – Beberapa buku terbitan dan hasil penyelidikan sarjana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pengiktirafan pada Anugerah Buku Negara 2024–2025 yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

UMT berjaya menonjol melalui enam anugerah bagi tiga kategori utama iaitu, Kategori Pendidikan & Akademik, Kategori Bahasa dan Penterjemahan: Penterjemahan Buku Terbaik dan terakhir Kategori Umum dan Khas.

Melalui penganugerahan Kategori Pendidikan & Akademik, UMT berjaya merangkul 4 kejayaan, iaitu melalui Kategori Pendidikan & Akademik: Buku Sains dan Teknologi Terbaik yang telah dimenangi oleh Dr. Mohamad Aqmal Mohd Naser dan Profesor Madya Dr. Amirrudin Ahmad dari Institut Biodiversiti Tropika Dan Pembangunan Lestari (IBTPL) dengan judul buku Fishes of Kenyir.

Seterusnya, Kategori Pendidikan & Akademik: Buku Matematik Terbaik, Profesor Madya Dr. Azwadi Ali telah merangkul kemenangan melalui buku beliau berjudul “Aplikasi PLS Menggunakan R dalam Kajian Sains Sosial”.

Bagi kategori Kategori Pendidikan & Akademik: Buku Sains Sosial Terbaik, kemenangan telah dirangkul oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) serta pengarang bersama Profesor. Dr. Khatijah Omar dan Dr. Siti Nor Adawiyah Azzahra Kamaruddin dengan judul buku Industrialization on Rural Community in Terengganu.

Selain itu, dalam Kategori Pendidikan & Akademik: Buku Islamik Terbaik pula disandang oleh Dr. Jaharudin Padli, juga dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) dengan judul buku & Pengurusan Harta Pusaka dan Harta Orang Islam Menurut Syarak; Pemenang anugerah bagi Kategori Bahasa dan Penterjemahan: Penterjemahan Buku Terbaik adalah Profesor. Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, dari Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) dengan judul buku Kelulutologi: Unveiling the Enigma of Stingless bees, Nature, and Human Life.

Bagi Kategori Umum dan Khas: Buku Sejarah dan Biografi Terbaik oleh Mohamad Nuraidil Zakaria, dari Penerbit UMT dengan judul Raja Bendahara Long Jenal 1800-1845 Sejarah dan Perjuangan yang telah berjaya menawan hati juri keseluruhannya.

Kejayaan ini memperkukuh peranan UMT sebagai peneraju dalam penerbitan karya ilmiah berimpak tinggi di Malaysia.

Kesemua penerima anugerah ini telah membawa pulang sijil penghargaan sebagai pengiktirafan bermakna kerana ia mencerminkan dedikasi
warga UMT dalam memperkaya khazanah ilmu negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast