Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga India maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 12.1 Lebuhraya NPE menghala ke Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, berusia 31 tahun, menunggang motosikal jenis Honda EX-5 sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa yang tidak memiliki lesen memandu dipercayai terbabas sebelum melanggar batu pembahagi jalan di tengah lebuh raya.

“Akibat impak kuat, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JSPT KL turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur di talian 017-9732731. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast