Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyambut saranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula.

Ahmad Fadhli berkata, beliau bersetuju dengan saranan Dr. Muhamad Akmal itu yang disifatkan sebagai kunci kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan umah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya rundingan dihidupkan kembali dan Jawatankuasa Perunding ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat penubuhan semula MN.

“Tahniah Ketua Pemuda UMNO. Sebaik sahaja UMNO/BN isytihar keluar dari gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/12/25/konflik-politik-perlis-akmal-cadang-hidupkan-semula-mn-bubar-pn/

Terdahulu, Dr. Muhamad Akmal mencadangkan supaya MN dihidupkan semula dan Perikatan Nasional (PN) dibubarkan susulan konflik politik yang berlaku di Perlis.

Malah, menurut Dr. Muhamad Akmal, usaha supaya memperkasakan MN dan bukannya PN itu sudah dibangkitkan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Politik Perlis ketika ini bergolak susulan tindakan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing tiga daripada Pas dan lima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan menandatangani akuan bersumpah (SD) menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Sebelum ini, MN yang piagamnya ditandatangani pada 14 September 2019 antara UMNO dan Pas boleh dianggap berkubur apabila Pas memuktamadkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PN bagi menghadapi PRU-15.

Keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti ter­sebut perlu meninggalkan Ber­satu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast