Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bergambar bersama penduduk pada program dalam Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) di Pangsapuri 1 Razak Mansion. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyifatkan 2025 merupakan tahun pelaksanaan yang agresif terhadap dasar-dasar dalam kementerian itu.

Katanya, beliau menerusi Siri Sentuhan Kasih 3.0 melakukan lawatan kerja ke seluruh negara bagi mendengar sendiri nadi suara rakyat di lapangan.

Tambahnya, tiada yang lebih memuaskan selain melihat infrastruktur seperti pasar awam, medan selera Madani dan taman rekreasi kini lebih berfungsi dan dinikmati oleh komuniti.

“Menjelang penghujung tahun 2025, saya menzahirkan rasa syukur yang mendalam atas amanah yang diberi kepada Kerajaan Madani untuk terus berkhidmat buat rakyat yang dikasihi melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya dalam perutusan sempena tahun baharu 2026 hari ini.

Tambah beliau, komitmen itu bagaimanapun tidak akan terhenti, sebaliknya berazam untuk memastikan KPKT akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat pada tahun 2026.

“Semoga tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia! Malaysia Madani, rakyat disantuni,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast