KUALA LUMPUR – Murung kerana kerana sering dikritik badan berisi, pelakon Jasmin Hamid mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid memberitahu,  pembedahan tersebut merupakan ikhtiar terakhir selepas gagal berusaha menguruskan badan sebelum ini.

“Saya jadi murung masa badan saya gelembung sebab mulut jahat manusia yang hanya tahu komen dan kondem..

“Dah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tapi semua usaha saya hampa sebab metabolism saya makin rendah dan jalan terakhir adalah pembedahan bariatrik,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, keputusan tersebut dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.

Doktor akan lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum buat prosedur untuk pastikan setiap pesakit layak ataupun tidak untuk buat pembedahan bariatrik.

Doktor tak akan buat pembedahan jika kesihatan pesakit tak mengizinkan walaupun kita banyak duit dan sanggup untuk bayar mahal,” tambahnya.

Dalam hantaran di Instagramnya, Jasmin Hamid turut memuat naik gambar sebelum menjalani pembedahan bariatrik dan kini beliau semakin ramping.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast