Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan parti itu sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak berhubung agenda komuniti, namun menekankan bahawa sebarang bentuk kerjasama politik perlu dilihat dalam konteks warisan nasional yang lebih besar serta realiti Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.
Beliau berkata, MCA juga perlu sentiasa bersedia dan bekerja keras menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya akan datang.















