Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KUALA LUMPUR – Bayaran balik lebihan cukai yang diselesaikan tahun 2025 adalah tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu RM22.45 bilion, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II itu berkata, sekiranya dibandingkan bayaran balik lebihan cukai dalam tiga tahun terkini dari 2023 hingga 2025, kerajaan telah melunaskan bayaran balik sebanyak RM56 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada bayaran balik tahun 2020- 2022 sebanyak RM37 bilion.

Sebahagian bayaran balik berjumlah RM7.5 bilion telah dibuat dalam bulan Disember 2025 berbanding komitmen awal RM4 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Disember 2025.

“Semua kes lebihan cukai bagi bagi tahun 2022 dan berbanding 2.7 juta kes pada tahun 2024. Walaupun kerajaan berjanji untuk selesaikan kes bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026, kita yakin dapat selesai lebih awal iaitu pada bulan Februari 2026.

“Sehingga 10 Februari 2026 sebanyak RM5.4 bilion telah dibuat bayaran balik yang melibatkan 38,629 kes. Bayaran balik bagi lebihan cukai tahun 2024 pula disasarkan untuk diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

“Pada masa sama, bayaran balik tanpa mengira usia kes akan terus dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat, terutamanya pembayar cukai individu,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang minta Menteri Kewangan menyatakan berapa jumlah bayaran balik lebihan cukai yang telah dibayar setakat ini, berapakah baki yang masih belum diselesaikan serta apakah garis masa kerajaan untuk melunaskan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai tersebut.

Amir Hamzah menambah, bagi memastikan bayaran balik dapat dibuat kepada pembayar cukai mengikut tempoh yang sepatutnya menerusi pelbagai pendekatan dilaksanakan.

Antaranya pengagihan bayaran balik berasaskan keutamaan usia tunggakan termasuk penggunaan konsep first in first out, bayaran penuh bagi tunggakan lebihan cukai individu dan pemberian keutamaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) atau syarikat yang menghadapi masalah aliran tunai.

“Kerajaan komited untuk terus memastikan bayaran balik lebihan cukai dapat dilaksanakan sepenuhnya secara adil, telus dan sebelumnya yang boleh dibayar telah selesai pada tahun 2025.

“Langkah ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran cukai serta memastikan hak pembayar cukai dilindungi, selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan Madani,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast