SABAK BERNAM – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas disyaki mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan perbuatan khianat di kawasan Sekinchan, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, kes itu masih dalam siasatan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Yusof juga berkata, polis membuka satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324/ 427 Kanun Keseksaan sejurus pihaknya menerima laporan tersebut.
“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman tersebut
“Manakala hukuman di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-dua,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















