Foto IG sallywho.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Siti Saleha berkongsi wajah anak sulungnya, Indra kepada peminat untuk dijadikan tatapan umum setelah sebulan selamat melahirkannya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum itu memuat naik gambar sesi fotografi bersama anak dan suaminya.

Wanita berusia 36 tahun itu turut menitip menyelitkan ucapan khas sempena sambutan Ramadan tahun ini.

“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya.

Sementara, pemenang Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 turut memperkenalkan nama panggilan anaknya iaitu Indy.

Untuk rekod, Siti Saleha dan suaminya, Joshua Fitton mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2025, dan kelahiran cahaya mata pertama mereka disambut pada 13 Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast