KUALA LUMPUR – Penyanyi Elyana membuat hantaran yang menyentuh hati menerusi Instagramnya, dipercayai memberi gambaran tentang perjuangannya melawan kanser.
Pada tahun lalu, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal mendedahkan dia kembali menjalani kemoterapi bagi melawan kanser limfoma yang dihidapinya.
“Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama, menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Niat itu turut memuat gambarnya sedang duduk di atas katil hospital.
Kali pertama Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2017.
Kemudian pada beberapa tahun lalu, penyanyi itu mengumumkan berita gembira apabila disahkan bebas kanser.
Bagaimanapun, pada 2025 Elyana mengesahkan kembali meneruskan sesi kimoterapi.
Wanita itu turut menyifatkan rawatan itu sebagai satu fasa yang baharu dan prosedur yang perlu dilaluinya semula.-MalaysiaGazette
















