Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Iran, hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, serangan yang dilancarkan ketika proses rundingan sedang berjalan itu amat dikesali, dan jelas melanggar norma keadilan sejagat.

Malah, menurutnya, ia juga merupakan suatu bentuk jenayah perang yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Serangan ini menyerlahkan sikap sebenar AS dan sekutunya Israel sebagai pengganas yang tidak mempedulikan undang-undang dan nilai kemanusiaan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, tambah Abdul Hadi, Pas menuntut ketegasan Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera menghentikan tindakan tidak bertamadun itu serta mengecam keangkuhan AS terhadap situasi terkini yang boleh mengancam prospek keamanan dunia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast