KUALA LUMPUR – Portal MyTax kini telah pulih sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Menurutnya, isu ketidakstabilan portal MyTax telah berlaku sejak pagi hari ini.
Dalam tempoh gangguan tersebut, sistem masih boleh diakses namun sebilangan pengguna telah mengalami masalah kelewatan capaian sistem.
Sejak perkhidmatan e-Filing dibuka pada 1 Mac 2026, LHDNM telah menerima lebih 320,000 Borang B dan Borang BE daripada pembayar cukai individu bagi tahun taksiran 2025.
Katana, jumlah ini menggambarkan tahap pematuhan dan komitmen berterusan pembayar cukai dalam menunaikan tanggungjawab percukaian secara sukarela. – MalaysiaGazette















