Ketibaan sulung penerbangan itu disambut Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung serta Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Nuwal Fadhilah Ku Azmi.

KUALA LUMPUR – Batik Air menyambung semula perkhidmatan penerbangan Colombo–Kuala Lumpur, menghubungkan semula Malaysia dan Sri Lanka selepas laluan itu digantung sejak awal 2024.

Penerbangan OD298 dari Colombo selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) semalam menandakan kembalinya laluan tersebut ke dalam rangkaian antarabangsa syarikat penerbangan itu.

Laluan berkenaan sebelum ini dihentikan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula rangkaian, namun kini kembali beroperasi susulan peningkatan permintaan perjalanan antara kedua-dua negara.

Penyambungan semula itu juga dilihat tepat pada masanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama pelancong serantau.

Perkhidmatan tersebut dijangka merancakkan aliran pelancong antara Sri Lanka dan Malaysia, selain menyediakan sambungan lebih luas ke rangkaian destinasi Batik Air di rantau Asia Pasifik.

Ketibaan sulung penerbangan itu disambut Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung serta Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Nuwal Fadhilah Ku Azmi.

Penumpang turut menerima cenderahati daripada Tourism Malaysia, selain kehadiran maskot Wira dan Manja yang memeriahkan suasana di balai ketibaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, penyambungan semula laluan Colombo mencerminkan strategi syarikat dalam memperkukuh rangkaian serantau seiring peningkatan semula permintaan perjalanan.

“Laluan ini merupakan langkah penting dalam membina semula rangkaian kami, selain menyokong usaha negara menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Ia juga mengukuhkan peranan Kuala Lumpur sebagai hab strategik untuk menarik pelancong dari benua kecil India serta pasaran Asia Utara seperti China, Jepun dan Korea Selatan,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy

Beliau berkata, Batik Air akan terus komited menyediakan sambungan perjalanan yang lancar kepada penumpang, di samping menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Penyambungan semula laluan Colombo–Kuala Lumpur itu turut mengukuhkan peranan Batik Air sebagai penghubung utama di rantau ini, sekali gus menyokong sektor pelancongan, perniagaan dan pertukaran budaya antara Malaysia dan Sri Lanka. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast