Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – “Saya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi Barisan Nasional terlebih dahulu dan mendapatkan perincian lanjut mengenainya.”

Itu kenyataan ringkas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung isu 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan menarik sokongan serta hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkuat kuasa serta-merta.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara susulan krisis yang disifatkan mampu menjejaskan pentadbiran negeri.

“Krisis yang berlaku ini dilihat boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap kestabilan serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media khas.

Menurutnya, kepimpinan negeri perlu bertindak secara bijaksana dalam menangani situasi semasa bagi memastikan keyakinan rakyat tidak terus terhakis.

“Sehubungan itu, kesemua 14 ADUN UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast