JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 24 Jun ini.
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, gabungan politik tersebut kini bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan PRN diadakan dalam masa terdekat.
“Saya akan beritahu kepada Pakatan Harapan bersedia untuk apa-apa kemungkinan,” katanya ringkas ketika ditanya berhubung spekulasi berkenaan.
Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar semasa Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2026/05/17/sidang-khas-24-mei-ini-umum-bubar-dun-untuk-prn-johor/
Terdahulu portal ini melaporkan satu sidang DUN khas akan diadakan pada 24 Jun ini dijangka bagi memberi laluan untuk PRN Johor.
Spekulasi kemungkinan PRN Johor diadakan lebih awal kembali hangat selepas tular mesej WhatsApp mendakwa satu sidang khas DUN Johor akan berlangsung pada tarikh berkenaan.
Sidang DUN Khas yang diadakan itu juga dijangka mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan PRN Johor ke-16.
Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam mengumumkan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang.
Bagaimanapun, pemimpin BN dan UMNO Johor yang dihubungi mengingatkan orang ramai supaya tidak menganggap mesej berkenaan sebagai pengesahan rasmi di tengah-tengah desas-desus politik mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor.
Untuk rekod, penggal semasa DUN Johor dijadual tamat pada April 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.- MalaysiaGazette
















