JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau masih tidak perkembangan parti politik bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Saya tak follow lagi,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (MUP) yang diambil alih kedua-dua bekas pemimpin PKR itu hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui dalam Program Ramah Mesra PMX Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat Desa Mutiara Tebrau di sini hari ini.
Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perkara itu dalam satu majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ia sekali gus menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu, berkaitan hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas mereka dilihat agak disisihkan PKR sejak setahun lalu.
Untuk rekod, MUP ditubuhkan pada 2 Disember 2016 di Pulau Pinang.- MalaysiaGazette
















