Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponennya memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.

Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.

“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, PN akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast