KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dikenali sebagai Areen Melisha Abdullah dilaporkan hilang di Sungai Chua, Kajan dekat sini sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 14 tahun pukul 6.34 petang pada Selasa.

“Berdasarkan laporan diterima, remaja terbabit dilaporkan hilang pukul 6 petang Ahad selepas kali terakhir dilihat berhampiran sebuah apartmen di Sungai Chua,” katanya dalam kenyataan.

Areen Melisha mempunyai ketinggian kira-kira 138 sentimeter dan berat 42 kilogram. Kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt lengan panjang berwarna kelabu, seluar slack hitam serta tudung merah jambu.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast