Oplus_16908288

JOHOR BAHRU – Risalah bertajuk ‘Amanat Tuan Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas)’ yang menggesa pengundi menolak calon Pakatan Harapan (PH) dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok adalah palsu.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, risalah itu bukan kenyataan, arahan atau amanat rasmi Presiden Pas dan tidak pernah dikeluarkan oleh Pas Pusat mahupun Pas Johor.

“Pas Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pimpinan parti tanpa kebenaran sehingga boleh mengelirukan ahli, penyokong serta masyarakat umum mengenai pendirian rasmi parti.

“Sehubungan itu, seluruh ahli, penyokong dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak menyebarkan risalah tersebut serta sentiasa merujuk saluran rasmi Pas bagi mendapatkan kenyataan dan maklumat yang sahih,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pas Johor turut mengingatkan semua pihak agar berpolitik secara matang, beretika dan bertanggungjawab.

Katanya, penyebaran bahan palsu dan maklumat mengelirukan hanya mencemarkan proses demokrasi serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu tular surat atau risalah tersebut dalam media sosial yang mendakwa amanat Hadi selain turut meletakkan nama Presiden Pas tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast