Anggota bomba menemukan mayat seorang pemuda selepas lemas ketika mandi di kawasan kolam air putih, Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak hari ini.

TANGKAK – Seorang pemuda lemas ketika mandi air terjun di kawasan kolam air putih, Taman Negara Gunung Ledang di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Muhamad Fazlan Maraman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.19 pagi yang jaraknya 15 kilometer.

Susulan itu katanya, seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu urvan dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati mangsa, A Sutheshwaran yang berusia 20 tahun lemas ketika mandi air terjun.

“Pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kejadian serta berjaya menemui mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi tamat pukul 12.24 tengah hari.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast