Mahfodz Mohamed.

JOHOR BAHRU – Pas Johor harap barisan Exco Kerajaan Johor yang baharu akan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan memperkukuh tadbir urus yang baik.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed juga berharap kepimpinan baharu itu akan dapat memacu pembangunan yang mampan serta mempertahankan nilai-nilai agama, perpaduan dan keharmonian di negeri ini.

“Sesungguhnya jawatan adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Justeru, semoga setiap keputusan dan dasar yang digubal sentiasa berpaksikan keadilan, kebijaksanaan dan kepentingan rakyat.

“Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, keadilan, ketelusan dan rasa tanggungjawab demi kesejahteraan seluruh rakyat Johor tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kelmarin 10 Exco Kerajaan Johor bagi penggal yang baharu mengangkat sumpah selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Mahfodz meramkamkan tahniah atas pelantikan barisan Exco baharu itu yang diumumkan selepas pembentukan kerajaan negeri bagi penggal 2026–2031.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, petunjuk dan keberkatan dalam melaksanakan amanah demi keberkatan, keberkatan dan kesejahteraan negeri Johor Darul Ta’zim,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast