PORT DICKSON β Kelebihan sebagai anak jati dan mengenali ramai orang menjadi taruhan utama calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung.
Keyakinan itu diluahkan A. Achuthan yang optimis statusnya yang lahir danΒ membesar di kawasan berkenaan memberi kelebihan besar untuk menawan hati pengundi.
Lebih mesra disapa Acu, beliau berkata, sentimen emosi sebagai anak tempatan memudahkannya memahami denyut nadi dan selok-belok permasalahan masyarakat setempat secara lebih mendalam.
βKe mana saya pergi serkang sepanjang berkempen di Sri Tajung, rata-rata mereka berkata saya boleh dan confirm (undi) sebab saya anak jati sini.
βInilah slogan saya, ACU iaitu amanah, cekap untuk Sri Tanjung,β kata Ketua Bahagian MIC Port Dickson itu di sini hari ini.
Rajasekaran merupakan penyandang wakil rakyat di DUN Sri Tanjung selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-15 pada 2023 dengan majoriti 3,996 undi.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada1 Ogos ini,Β Achuthan akan berdepan saingan lima penjuru termasuk penyangdang DUN itu iaitu calon dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr G. Rajasekaran dan M Leevineshwaraan mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Turut bertanding, A. Saravanan dan Islah Wahyudi Zainudi, masing-masing calon Bebas.
Rajasekaran memenangi kerusi Sri Tanjung pada 2023 dengan majoriti 3,996 undi.

Mengulas lanjut, Achuthan berkata, BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembangunan kepada masyarakat di Sri Tanjung sambil berharap pengundi dapat memberi kepercayaan semula kepada parti itu untuk kembali berkhidmat.
Beliau turut memberi jaminan, penduduk kawasan berkenaan akan mendapat lebih banyak lagi manfaat dan perkhidmatan sekiranya BN mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan.
Semalam, beliau melawat Kuil Sri Madurai Veeran Datuk Panglima Alayam di Kg Bahasa Kapor di sini selepas mendapat maklumat premis itu tidak ada sumber elektrik untuk turun sendiri mendengar permasalahan tersebut.
Sri Tanjung antara lima DUN yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson merupakan kerusi campuran dengan komposisi pengundi terdiri daripada Melayu sebanyak 37.2 peratus, Cina (31.5 peratus) dan India pula 28.3 peratus.
Pada pilihan raya kali ini, seramai 19,590 pemilih berdaftar layak mengundi di kawasan itu.
Sementara itu, Sri Tanjung merupakan antara lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson
DUN ini diwujudkan hasil daripada persempadanan semula SPR pada tahun 2018 dan dinamakan semula daripada nama asal Port Dickson dengan majoriti kawasan dikekalkan manakala sebahagian kecil dipisahkan untuk membentuk DUN Lukut. – MalaysiaGazette
















