Penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan di Batu 8, Labu diberi bantuan awal oleh orang ramai.

SEREMBAN – Dua calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak daripada Pakatan Harapan (PH) dan Mohamad Hanifah Abu Baker daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bertembung ketika membantu seorang mangsa kemalangan, hari ini.

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Batu 8, Labu di sini mengakibatkan penunggang motosikal cedera.

Kedua-dua mereka secara kebetulan berada di lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing bagi meneruskan aktiviti kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ahmad Faez berkata, sebaik melihat kemalangan itu baru sahaja berlaku, beliau segera memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa keadaan mangsa sementara menunggu bantuan tiba,” katanya, hari ini.

Seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan di Batu 8, Labu, Seremban hari ini.

 

Menurut beliau, kejadian itu menjadi peringatan bahawa aspek keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.

“Setiap musibah yang berlaku mengingatkan kita bahawa keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

“Saya mendoakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan dan semoga ahli keluarga turut dikurniakan ketabahan menghadapi saat yang mencabar ini,” katanya.

Pertembungan kedua-dua calon itu berlaku dalam suasana kempen PRN Negeri Sembilan yang semakin rancak menjelang hari pengundian pada 1 Ogos ini.

DUN Labu menyaksikan persaingan tiga penjuru antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Bersatu, dengan masing-masing berusaha mendapatkan sokongan pengundi di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast