Gunung Elbrus. foto Peak Journey Adventure

MOSCOW – Pihak berkuasa Rusia mengesahkan penemuan mayat lima pendaki warga asing yang dipercayai berasal dari Bosnia di Gunung Elbrus.

Sebelum itu, pihak berkuasa memaklumkan daripada kumpulan tujuh pendaki yang mendaki gunung tertinggi di Rusia itu, dua mayat telah ditemukan manakala operasi mencari tiga lagi pendaki sedang dijalankan.

Menurut pejabat pendakwa raya tempatan, kumpulan tujuh pendaki warga asing itu memulakan pendakian ke Gunung Elbrus pada 24 Julai lalu.

“Pada petang keesokan harinya, akibat keadaan cuaca yang merosot dengan pantas, kumpulan itu tersasar daripada laluan pendakian,” menurut kenyataan tersebut.

Pejabat itu berkata, seorang daripada pendaki berjaya turun dan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dua ahli kumpulan itu jatuh sakit pada ketinggian 5,100 meter sebelum meninggal dunia.

“Susulan itu, pasukan penyelamat menemukan seorang lagi pendaki yang masih hidup serta mayat tiga lagi pendaki yang maut,” menurut kenyataan berkenaan.

Menteri Luar Bosnia, Elmedin Konakovic, turut mengesahkan laporan mengenai kematian itu dan menyifatkannya sebagai “satu tragedi besar”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast