KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin hilang sokongan.
Sambil menyifatkan ‘kapal’ Bersatu semakin karam dan hilang arah, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempelawa rakan-rakannya dalam parti itu untuk menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) sebelum ia ‘tenggelam.’
“Tiba masanya untuk anda membuat keputusan berani – marilah bergerak bersama Parti Wawasan Negara. Jangan biarkan perjuangan anda tenggelam bersama kapal yang sedang sarat dimasuki air,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2026/08/01/bersatu-akur-kalah-semua-kerusi/
Tambah beliau, kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sehingga membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3 bukanlah satu kebetulan sebaliknya menjadi bukti nyata terhadap keberkesanan kerjasama strategik di antara dua gabungan parti tersebut.
Katanya, sebagai wakil PN dalam siri mesyuarat dengan BN, beliau sendiri melihat bagaimana penyelarasan jentera diadakan tanpa henti, menyatukan gerak kerja demi memastikan calon-calon dapat diperkenalkan dan diterima baik oleh para pengundi di setiap pelusuk DUN.
Dalam pada itu, Wan Saiful turut mengucapkan ‘selamat maju jaya’ kepada DAP untuk PRN Melaka akan datang.
Katanya, rakyat Johor dan Negeri Sembilan telah memberi isyarat jelas terhadap gabungan persefahaman di antara BN dan PN.
“Isyarat rakyat di Johor dan Negeri Sembilan sudah cukup terang. Gelombang perpaduan biru ini tidak akan berhenti dan kita sedia berdepan lagi di Melaka!
“Terima kasih rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan ini,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
















