[Gambar hiasan] Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Jemaah masjid dan surau di kawasan terjejas jerebu di Selangor disaran memakai pelitup muka serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat kemerosotan kualiti udara.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, pihak pengurusan masjid dan surau juga perlu memberi perhatian terhadap keadaan jemaah, terutama kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

“Mana-mana pengunjung yang mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas, sakit tekak atau kurang sihat akibat jerebu, dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti di luar rumah, mengutamakan kesihatan diri dan mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, langkah berkenaan penting bagi mengelakkan keadaan kesihatan individu terjejas daripada membahayakan jemaah lain.

Pada masa sama, beliau menggalakkan ibadah berjemaah di masjid dan surau diteruskan dengan langkah pencegahan bersesuaian mengikut keadaan setempat serta nasihat pihak berkuasa.

Katanya, orang ramai perlu terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti sepanjang keadaan jerebu berlaku.

“Marilah kita terus mengimarahkan masjid dan surau dengan penuh tertib, sambil mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti ketika jerebu ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here