Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pendirian itu diputuskan selepas perkara berkenaan dibincangkan Biro Politik parti yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dua ADUN terbabit iaitu Jasri Jamaluddin (Kuala Sentul) dan Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) sebelum ini sudah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk menyokong Wan Rosdy.

“Kedua-dua ADUN tersebut telah menyatakan hasrat mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk berbuat demikian dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

“Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan perkara ini dari segala sudut dan secara dasarnya menyokong tindakan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, keputusan itu dibuat bagi menjamin kestabilan politik di Pahang, selain memastikan kebajikan rakyat di kedua-dua kawasan berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Terdahulu, Jasri dan Mohd Yazid menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy menerusi satu perjanjian persefahaman yang ditandatangani bersama Menteri Besar Pahang itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here