Home Ekonomi Kontrak Ahmad Fairuz bersama SC berakhir

Kontrak Ahmad Fairuz bersama SC berakhir

Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menamatkan pelantikan Datuk Ahmad Fairuz sebagai Timbalan Ketua Eksekutifnya kerana beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Penamatan kontrak itu berkuatkuasa hari ini.

Ahmad Fairuz menyertai SC pada 2012 sebagai Pengarah Eksekutif Penguatkuasaan dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 2016.

Ketika tempoh perkhidmatan beliau, SC telah mencatatkan sebilangan kejayaan dalam kes-
kes utama

Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Fairuz atas peranan utama yang dimainkan oleh beliau dalam menerajui dan mengarah usaha-usaha penguatkuasaan SC.

Pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Pesuruhjaya Kehakiman adalah susulan daripada beberapa pelantikan ke badan kehakiman daripada alumni SC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast