KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing maut tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.29 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digegaskan ke lokasi terbabit.

“Sebaik anggota tiba di tempat kejadian mendapati, mangsa merupakan pekerja warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.

“Mangsa telah tertimbus di dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang.

Bomba berjaya membawa keluar mangsa pertama pada jam 11.12 pagi, manakala mangsa kedua pada pukul 11.35 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, ketika ini mayat kedua-dua mangsa masih di lokasi kejadian dan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast