Gambar arkib MalaysiaGazette

KUANTAN – Seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata kerugian RM134,960.75 wang simpanannya kerana terpedaya dengan Skim Pelaburan Tidak Wujud Atas Talian.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, wanita tersebut menyertai skim pelaburan saham menerusi laman sosial Tiktok yang menjanjikan keuntungan lumayan pada 10 Disember lalu.

“Mangsa telah diberikan pautan untuk dimasukkan dalam group Telegram bernama B1VIP di mana dia mula melabur sebanyak RM30.00 dan memperolehi pulangan sebanyak RM45.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setelah beroleh keuntungan tersebut, mangsa mula percaya dengan pelaburan itu dan mula menambah modal pelaburan dengan membuat 12 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM134,960.75.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari diperdaya setelah diminta untuk menambah modal lagi apabila dia mahu mengeluarkan keuntungannya.

Justeru, Yahaya menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran Sindiket Pelaburan Tidak Wujud atas talian dan membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast