KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada alasan yang meyakinkan oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kenapa beliau keluar UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi mendakwa tidak mungkin Tengku Zafrul setakat mahu menyertai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.
Lantaran itu, katanya, nampaknya hujah Datuk Seri Rafizi Ramli semasa kempen HIRUK jadi kenyataan.
PKR bukan lagi parti Reformasi sebaliknya lubuk opportunis.
“Kenapa begitu? Kerana PKR lubuk emas dan opportuniti,” dakwa beliau.
Mohd Puad berkata, sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengawal keadaan ini, “PKR akan naik dua tingkat lagi” – dari reformasi kepada lubuk emas dan kini kepada parti maha kaya.
Lagipun, dakwa beliau, sudah tersebar nama individu “maha kaya” diperkatakan dalam ‘pasaran’. – MalaysiaGazette















