Foto FB Dr Zulkifli Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyeru seluruh umat Islam di Malaysia mendoakan kelancaran prosedur rawatan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu dijangka menjalani prosedur rawatan, esok.

“Saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia mendoakan kelancaran prosedur rawatan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa 17 Jun 2025.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan rawatan, mengurniakan kesembuhan, dan memberi kesihatan yang berpanjangan kepada beliau,” kata Zulkifli menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Terdahulu, anak Ahli Parlimen Marang itu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi satu hantaran ringkas di media sosial memaklumkan, bapanya dijadualkan menjalani satu prosedur rawatan perubatan pada Selasa.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas, agar kesihatan Abdul Hadi dipelihara dan segala urusan rawatannya dipermudahkan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut prosedur atau isu kesihatan yang dihidapi bapanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast