Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pendengaran dan sebutan kes permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 ditetapkan jam 9 pagi, 6 Ogos depan oleh Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Neethiya Nair a/p Vijaya Kumar.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia akan bekerjasama dengan agensi luar negara di Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan bagi pemfailan kes terhadap aset-aset kepunyaan Allayarham Tun Daim Zainuddin, isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan proksinya di sana.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/06/05/sprm-sita-menara-ilham-milik-daim/

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 25 Mei 2025 telah memohon untuk Lucut Hak Tanpa Pendakwaan Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 dan telah dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pada tarikh yang sama, proses pemfailan kes baharu Permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah diluluskan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast