KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bacaan penggunaan bulan Julai tidak terjejas berikutan terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat.
Bahkan, graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu..
Menurutnya, pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan.
“TNB ambil maklum sedang tular di sosial media bahawa sesetengah pelanggan mungkin melihat graf penggunaan kWh bulan Julai yang tinggi dalam aplikasi myTNB.
“Kami sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.















