Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ditahan pada Sabtu lalu susulan penularan artikel berhubung kenyataan mahu berperang dan menembak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Jalan Beverly Height kira-kira pukul 4.40 pagi.

Bagaimanapun suspek mendakwa akaun Facebook miliknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Suspek ditahan reman sehingga 6 Jun ini untuk siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast