Pelabuhan Pulau Pinang

 

KUALA LUMPUR – Anggaran awalan menunjukkan ekonomi Malaysia bertumbuh 4.5 peratus pada suku tahun kedua 2025, meningkat sedikit berbanding 4.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Momentum pertumbuhan terus kekal pada bulan April dan Mei, dengan jangkaan prestasi lebih kukuh dicatatkan pada bulan Jun, kata Jabatan Perangkaan.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana 4.4 peratus pada separuh tahun pertama 2025.

Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku tahun kedua 2025, mencatatkan peningkatan 5.3 peratus (ST1 2025: 5.0%), disumbang terutamanya oleh subsektor perdagangan borong & runcit, pengangkutan & penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan.

Sektor pembuatan pula mencatatkan pertumbuhan 3.8 peratus (ST1 2025: 4.1%), disokong oleh pengeluaran produk elektrik, elektronik & optikal serta Minyak dan lemak daripada sayuran & haiwan dan prosesan makanan.

Sektor Pembinaan merekodkan pertumbuhan dua digit bagi enam suku tahun berturut-turut dengan pertumbuhan 11.0 peratus (ST1 2025: 14.2%), disokong terutamanya oleh bangunan bukan kediaman dan aktiviti pembinaan pertukangan khas.

Sektor pertanian mencatatkan peningkatan 2.0 peratus (ST1 2025: 0.6%), didorong oleh subsektor kelapa sawit.

Sementara itu, sektor perlombongan dan pengkuarian terus menyusut kepada negatif 7.4 peratus (ST1 2025: -2.7%), dipengaruhi oleh pengeluaran yang lebih rendah dalam kesemua subsektornya.

Susulan daripada anggaran awalan ini, KDNK preliminari yang menyediakan analisis terperinci dan komprehensif mengenai prestasi ekonomi bagi suku tahun kedua 2025 akan diterbitkan pada 15 Ogos 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast