Logo Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang meneliti cadangan kerajaan untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP.

Tabung persaraan itu menjelaskan, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK) yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, baru-baru ini menyatakan, kerajaan akan meneroka satu mekanisme lebih baik bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara.

Ini memandangkan simpanan persaraan yang mencukupi adalah penting bagi menjamin kebajikan pekerja pada usia tua.

Mekanisme itu katanya, akan membolehkan pengasingan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

“Melalui usaha ini, golongan pekerja akan dapat mengeluarkan sebahagian daripada simpanan, di samping menerima pencen bulanan pada umur persaraan,” katanya laporan tersebut. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast