Islamabad Chamber of Commerce & Industry (ICCI) dan Asean Chamber of Commerce & Industry (ACCI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan di antara komuniti usahawan Malaysia dan Pakistan.

KUALA LUMPUR – Islamabad Chamber of Commerce & Industry (ICCI) dan Asean Chamber of Commerce & Industry (ACCI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan di antara komuniti usahawan Malaysia dan Pakistan.

MoU ini ditandatangani oleh Datuk Muhamad Zamry Abu Samah, Naib Presiden 1 ACCI, manakala pihak ICCI diwakili oleh Abdul Rahman Siddiqui, Naib Presiden Kanan.

Majlis menandatangani MoU turut disaksikan oleh Tahira Javed, Trade & Investment Counsellor Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia; Muhammad Ali, Pengerusi Jawatankuasa ASEAN ICCI; serta Nasir Husin Affizaddin, Setiausaha Agung ACCI.

Menurut Muhamad Zamry, perjanjian ini merupakan platform strategik bagi meningkatkan hubungan perdagangan dua hala, memudahkan akses pasaran dan memacu pelaksanaan projek bersama dalam sektor keutamaan seperti teknologi, logistik, halal dan pembangunan industri usahawan.

“Kerjasama ini bukan sekadar untuk menggalakkan perdagangan, tetapi juga bertujuan membina hubungan perniagaan jangka panjang antara syarikat-syarikat di negara ini dan Pakistan, selain berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang memberi manfaat bersama,” katanya.

Abdul Rahman Siddiqui pula menegaskan bahawa ICCI komited untuk menyokong perniagaan Pakistan dalam meneroka peluang pelaburan di Malaysia yang pesat berkembang.

Beliau berkata, MoU ini selari dengan usaha ICCI mempromosi eksport, meningkatkan daya saing industri dan menggalakkan pemindahan teknologi.

MoU ini dijangka menghasilkan beberapa inisiatif susulan seperti penganjuran forum perniagaan bersama, misi perdagangan dua hala, dan program latihan bagi meningkatkan keupayaan ahli-ahli kedua-dua dewan perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast