Kasim Mansor menandatangi plak Pusat Satelit ISN.

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh peranan sebagai pusat ilmu dan inovasi dengan penubuhan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN), sekali gus menjadikan UMS sebagai hab rujukan utama Borneo dalam bidang sains sukan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kerjasama penubuhan pusat itu adalah mercu tanda penting dalam pembangunan sukan di
Sabah dan simbol kerjasama strategik universiti malaysia sabah dengan agensi nasional.

Katanya ia juga menjadikan UMS sebagai hab rujukan utama bidang kejurulatihan, fisiologi sukan, nutrisi, biomekanik, teknologi sukan dan pengesanan bakat.

“Selain itu, kerjasama penubuhan pusat ini akan menjadi platform penyelidikan dan pembangunan sains sukan serta memberi khidmat kepakaran kepada atlet, jurulatih danpihakberkepentingan,” katanya ketika merasmikan Pusat Satelit ISN di Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) UMS, baru-baru ini.

Kasim turut menekankan bahawa langkah penubuhan ISN itu selaras dengan peranan UMS sebagai The Brain of Borneo yang sentiasa mendukung agenda
pembangunan sukan berasaskan ilmu, inovasi dan teknologi.

Tambah beliau, kerjasama ini akan melahirkan lebih ramai pakar sains sukan tempatan sekali gus memperkukuh ekosistem sukan berprestasi tinggi di Sabah.

Sementara itu, Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, kewujudan pusat itu membuka ruang lebih luas kepada FPPS untuk memperkukuh pengajaran, pembelajaran, memperluas jaringan penyelidikan, serta memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam projek berimpak tinggi dan penyelidikan pascasiswazah.

Majlis turut diserikan dengan sesi menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoA) antara UMS dan ISN yang mengukuhkan komitmen kedua-dua
pihak dalam memperkasa pembangunan sukan berasaskan ilmu, teknologi dan inovasi.

MoA tersebut memberi tumpuan kepada penyediaan khidmat kepada atlet, sesi ilmu dan amalan bagi meningkatkan prestasi sukan negara, menggalakkan kekuatan serta ketahanan tubuh serta menghasilkan inovasi berasaskan penyelidikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast