Mona Din. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2025

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mendakwa kenyataan aktivis masyarakat, Mona Din menganggu perjalanan prosiding Inkues Zara Qairina Mahathir.

“Daripada penelitian jabatan ini didapati hantaran yang telah dimuat naik oleh Che Muna Din (Mona Din) yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah berpotensi untuk mempengaruhi pandangan wam serta menganggu perjalanan prosiding inkues yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada penama pada 10 Septeber lalu selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah mahkamah 2012 berikutan satu hantaran di laman media Facebook dengan nama akaun ‘Mona Din’ pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues Zara Qairina.

Jabatan Peguam Negara juga memaklumkan pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan dengan kes yang sama dan berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta menganggu prosiding inkues akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pihaknya juga memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast