Seorang lelaki warga emas yang maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya, Melaka berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira jam 6 pagi tadi

MELAKA – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya, di sini, berhampiran sebuah stesen minyak awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, Chan Soa’a, 74, yang memandu kereta jenis Proton Arena, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian mangsa sedang memandu dari arah Bulatan Malim menghala ke lampu isyarat Plaza Pandan Malim.

Seorang lelaki warga emas yang maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah gerai di Jalan Malim Jaya, Melaka berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira jam 6 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah gerai di tepi jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.

Christopher berkata, kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom bagi tujuan pemeriksaan teknikal, manakala usaha mengesan saksi bebas yang berada di kawasan kejadian turut dijalankan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast