Semua ikan yang dinaikkan tidak dilepaskan semula ke dalam kolam, sebaliknya diagihkan kepada orang awam atau pemancing untuk dibawa pulang.

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menafikan dakwaan bahawa pihaknya melepaskan sebanyak 350 kilogram ikan Keli Afrika ke dalam kolam tadahan untuk pertandingan memancing sempena Sambutan Hari Bandaraya baru-baru ini.

Menurut MBSP, hanya 150 ekor ikan keli dilepaskan sebagai tarikan promosi pertandingan bukan untuk kekal di dalam kolam tadahan berkenaan.

Jelasnya, kaedah pertandingan menetapkan setiap ikan yang berjaya dinaikkan oleh peserta akan ditimbang berat serta direkodkan sebelum ditempatkan dalam tong simpanan sementara sehingga tamat acara.

“Semua ikan yang dinaikkan tidak dilepaskan semula ke dalam kolam, sebaliknya diagihkan kepada orang awam atau pemancing untuk dibawa pulang.

Penganjur turut memasang jaring di setiap pintu masuk air (inlet) dan pintu keluar air (outlet) bagi mengelakkan ikan terlepas keluar dari kolam tadahan MBSP.

“Malah, sebanyak 113 ekor ikan iaitu kira-kira 75 peratus daripada jumlah dilepaskan telah berjaya dinaikkan sepanjang pertandingan berlangsung.

“Sebagai langkah kawalan tambahan, penganjur turut memasang jaring di setiap pintu masuk air (inlet) dan pintu keluar air (outlet) bagi mengelakkan ikan terlepas keluar dari kolam tadahan MBSP,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jabatan Perikanan kesal MBSP lepaskan Keli Afrika ketika pertandingan memancing

Terdahulu, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan awal dan kini menunggu maklum balas rasmi daripada MBSP bagi melengkapkan proses semakan serta tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast