Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres. - Foto AFP

WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyambut baik pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya mengalu-alukan pengumuman mengenai perjanjian bagi melaksanakan gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Gaza, berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),” kata Guterres menerusi platform X.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS.

“Saya memuji usaha diplomatik Amerika Syarikat, Qatar, Mesir dan Turkiye dalam menjadi pengantara kepada kejayaan yang amat diperlukan ini.

“Saya menggesa semua pihak yang terlibat supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat perjanjian tersebut,” kata Guterres.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast