Sulalat’Us Salatin
PEMINAT teater tentu tidak mahu ketinggalan menyaksikan pelakon-pelakon lama yang dimunculkan semula secara berama-ramai bagi memenuhi kerinduan peminat.
Ini yang dilakukan oleh produksi teater Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 apabila mereka membariskan ramai pelakon lama  yang pernah terkenal di pentas selain pelakon generasi baru dan pertengahan.
Antara pelakon lama yang diberi peluang untuk beraksi dalam teater yang dipentaskan 31 Oktober – 2 November ini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur ialah Safura Yaacob, Alina Hassan, Mubarak Majid, Zaidi Omar, Rosli Rahman Adam, Kamarul AR, Rasdi Daud  dan Mutaliff Bakar,
Menurut Penerbitnya, Siti Rohayah Atan, kemunculan pelakon lama atau otai di pentas teater sempena Kepengerusian Asean 2025 adalah sebagai usaha menggalakkan generasi lama untuk terus berkarya dan berada dalam industry.
4.SEBAHAGIAN pelakon yang terlibat dalam teater MSS2.) yang dipentaskan hujung bulan ini di DBP, Kuala Lumpur.
4. SEBAHAGIAN pelakon yang terlibat dalam teater MSS2.) yang dipentaskan hujung bulan ini di DBP, Kuala Lumpur.
“Saya percaya mereka sentiasa ingin menyemarakkan seni pentas namun ada kekaangan tertentu termasuk kesesuaian watak dan plot cerita yang dipersembahkan.
“Oleh kerana teater ini amat bersesuaian dengan citarasa dan kemampuan mereka maka saya menjemput mereka untuk bersama-sama berkongsi pengalaman kepada generasi muda dan peminat seni,” katanya yang melantik Zaifri Husin sebagai pengarah manakala pengarah tari diberikan kepada Aris Kadir.
Selain itu menurut beliau, generasi pertengahan juga akan menyaksikan kemunculan pelakon hebat teater seperti Juhara Ayub (Tun Fatimah),  A. Aris Kadir (Iskandar Zulkarnain), Ijat Ashari (Tun Mamat), Raja Azrey (Sultan Mansor Syah), Mardiana Alwi (Tun Kudu), Ard Omar (Betara Majapahit), Faez Malek (Seri Paduka Maharaja), Eyzendy Aziz (sang Setia) dan Syukor Ibrahim (Sultan Muzaffar Syah).
Bersama mereka juga akan muncul pelakon Nabila Huda (sebagai Puteri Gunung Ledang), Adam Lee (Sultan Mahmud Syah), Zera Hariz (Tun Teja), Pangeran Qayyum (Hang Nadim), Fehzul Azri (Narrator 1), Serra Kamal (Narrator 2) dan  (Raja Chulan).
1. Safura Yaacob dan Alina Hassan akan muncul dalam teater Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 pada 31 Oktober – 2 November ini di DBP, Kuala Lumpur.
Di samping itu pementasan ini juga memberi peluang kepada pelajar sekolah dan universiti untuk sama-sama terlibat termasuklah 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, pelajar ASWARA dan kolej tempatan.
“Terdapat empat pelajar sekolah di Melaka yang turut terlibat yang mana mereka datang berlatih pada cuti umum dan hujung minggu.
“Keseluruahn pelajar yang terlibat lebih 20 orang dariada 100 keseluruhan pelakon yang berumur antara enam hingga 20 tahun,” katanya yang mengarah teater Muzikal SUlalat’Us Salatin 1.0 tahun lalu di Melaka.
Teater berbentuk purbawara ini menampilkan sembilan lagu ciptaan Asry Hassan iaitu Melepaskan Kasih, Ewah Ewah Hiburkan Hati, Bunga Singapura, Raja Bermula, Chulan Ke Lautan, Melaka Bumi Melayu, Tujuh Syarat Ledang, Bangkit Dari Luka, Hubungan Diraja, Melaka Bumi Melayu  dan Tetap Ada.
Skrip teater ini mengangkat kehebatan bangsa dan raja Melayu. Menyentuh asal-usul kemaharajaan maritim yang bermula dari transisi masa Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syah Al-Bariyah serta anak mereka Raja Suran yang mengembara ke alam lautan.
Ia diikuti dengan kisah kuda Semberani, Wan Empuk dan Wan Malini berpadikan huma yang berbuah emas, Waadat Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana, kisah Tun Jana Khatib di Temasek, kebijaksanaan Hang Nadim sehingga Singapura dilanggar todak.
Ia menjadi semakin kronik apabila kisah merajuknya Sang Rajuna Tapa yang mengkhianti Temasik kerana dendam apabila anaknya Hang Nadim dibunuh oleh sultan. Dipaparkan juga zaman kegemilangan Melaka sehingga berlaku perebutan kuasa yang akhirnya runtuhnya Empayar Melaka.
Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production Bersama Persatuan Bangsawan Bintang Timur dengan kerjasama DBP dan disokong oleh Kementerian pelancongan, Seni dan Budaya di bawah program Geran Seni Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK 2025). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast