KUALA LUMPUR – Dua vesel ditahan secara berasingan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu semalam kerana melanggar syarat lesen perikanan.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua-dua vesel ditahan sekitar jam 3.30 petang di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika utara Pulau Tabawan.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati sebuah vesel dikendalikan tiga warga tempatan berusia 21 hingga 33 tahun
Vesel kedua dikendalikan seorang warga Filipina berusia 52 tahun bersama dua warga tempatan berusia antara 24 hingga 44 tahun. Semua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“kedua-dua vesel menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat dan melanggar syarat lesen atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.” katanya

beliau turut menegaskan, Maritim Malaysia sentiasa komited memastikan aktiviti perikanan dijalankan mengikut undang-undang demi memelihara sumber marin negara.
Beliau menambah, tindakan menahan bot yang melakukan kesalahan adalah langkah tegas bagi melindungi ekosistem perairan serta memastikan hak dan sumber nelayan pesisir terpelihara.
Kedua-dua vesel dan kru dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan maklumat aktiviti mencurigakan melalui WhatsApp 016-930 5727 atau talian kecemasan 999.- MalaysiaGazette















