KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 3 sen, masing-masing kepada RM3.28 dan RM3.10 seliter seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.

Kementerian Kewangan berkata, harga baharu itu bagi tempoh 20 November 2025 hingga 26 November 2025.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.65 seliter manakala harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast