Tengku Ahmad Badli Shah

KUALA LUMPUR – Agrobank menyediakan kemudahan pembiayaan melalui dana Bank Negara Malaysia (BNM), Relief and Adaptation Facility (RAFt) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya komuniti tani yang terjejas akibat banjir dalam usaha menyokong pemulihan serta dapat meneruskan operasi perniagaan mereka.

Kemudahan ini menawarkan pembiayaan bantuan bagi membaik pulih aset dan modal kerja bagi tujuan pemulihan perniagaan yang terjejas.

Selain itu, pembiayaan khas berkaitan adaptasi yang dapat membantu usahawan tani untuk keperluan pelaburan modal dan perbelanjaan yang berkaitan bagi mengurus dan mengurangkan risiko dan kerugian PKS akibat banjir.

PKS yang terjejas akibat banjir di lokasi seperti yang disahkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) boleh memohon kemudahan pembiayaan ini dengan had gabungan sehingga RM2 juta untuk setiap PKS.

Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah antara 3.00% – 3.5% setahun dengan tempoh bayaran sehingga tujuh tahun.

Kemudahan ini juga menawarkan moratorium atau penagguhan bayaran bulanan untuk tempoh enam bulan untuk memberi ruang kepada usahawan tani untuk membaik pulih perniagaan mereka.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, melalui kemudahan ini, pihaknya memastikan bantuan kewangan dapat diakses segera bagi meringankan beban mereka serta
menyokong usaha pemulihan dan ketahanan perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast