KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Malaysia (MIA) mengumumkan pelantikan Saniza Said dan Ahmad Syahazan Yaacob, masing-masing sebagai presiden dan naib presiden.
Pelantikan yang diumumkan dalam Mesyuarat Majlis MIA itu berkuat kuasa 8 Disember 2025.
Saniza sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden MIA dan menggantikan Presiden Datuk Seri Dr Mohamad Zabidi Ahmad, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 November 2025.
Beliau pertama kali dipilih ke Majlis MIA pada 24 September 2022 dan dilantik sebagai Naib Presiden pada 1 Disember 2023.
Beliau kini berkhidmat sebagai Rakan Audit di Saniza & Co, dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam audit, cukai dan nasihat perniagaan.
Saniza ialah ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Syahazan Yaacob telah berkhidmat dalam Majlis MIA sejak 23 September 2023.
Sebagai Rakan Urusan di Al Jafree Salihin Kuzaimi PLT, beliau mempunyai pengalaman luas dalam audit dan jaminan merentasi sektor teknologi, perladangan, minyak dan gas, pendidikan, runcit, pembinaan dan pembuatan, selain pengalaman terdahulu di firma Big Four.
hmad Syahazan ialah ahli fellow CPA Australia dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan dan Kewangan Korporat dari University of Adelaide, Australia. – MalaysiaGazette















